KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Temu bual


Dalam temu bual, pengkaji telah memilih temu bual separa struktur demi memperoleh
maklumat lanjut dan pandangan daripada peserta. Contoh soalan temu bual yang
dikemukakan kepada pengkaji adalah seperti berikut.
‡ Apakah kamu berasa seronok datang ke sekolah?
‡ Mata Pelajaran apakah yang kamu paling minat?
‡ Apakah hobi kamu?
‡ Apakah kamu suka membaca pada waktu lapang?
‡ Apakah kamu faham dengan penggunaan tanda bacaan dalam aktiviti
membaca?
‡ Pernahkah kamu bercerita di hadapan kelas?


Analisis dokumen


Analisis dokumen yang pengkaji gunakan adalah melalui instrumen ujian yang dibina
oleh pengkaji. Peserta kajian akan diuji mengikut item-item yang telah digariskan dan
pengkaji merekodkan data sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Data yang
dikumpul ini adalah sumber jenis primer. Ia dapat menunjukkan tahap kefahaman
murid terhadap tanda baca dalam ayat dan petikan.


Cara Menganalisis Data


a) Temu bual
Semasa temu bual dijalankan, perbualan antara pengkaji dan responden akan
direkod menggunakan alat perakam audio bagi mengelakkan berlakunya
keciciran maklumat. Bagi menganalisis data temu bual, data temu bual yang
dirakam tadi akan ditranskripsikan dan dipersembahkan dalam bentuk
memerihalkan semula data yang diperoleh melalui transkripsi temu bual.

b) Instrumen ujian yang dibangunkan oleh pengkaji diedarkan kepada murid
untuk dijawab sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Markah ujian yang
diperoleh responden dianalisis secara deskriptif dalam bentuk jadual untuk
mengetahui frekuensi yang diperolehi oleh murid kajian secara
keseluruhannya.
Free download pdf