KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN


Dalam mempelajari Bahasa Melayu pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh
muridmurid. Salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid
ialah kemahiran menulis dan kemahiran tatabahasa. Kemahiran ini amat penting
dikuasai oleh mereka demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
hadapan. Kemahiran tatabahasa juga merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis
merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.


Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu
kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan
ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta
menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa
berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang
tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna
bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa
ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul
atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.


Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu pada masa kini tertumpu pada
usaha menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Salah satu kemahiran
penting yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran menggunakan kata nama
khas. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan mencacatkan mutu penulisan
mereka, khususnya dalam peperiksaan dan ujian.


FOKUS KAJIAN


Fokus kajian pengkaji ialah untuk mengatasi masalah murid lemah dalam kemahiran
tatabahasa iaitu dari aspek kata nama khas dalam kalangan murid tahun 3 di sebuah
sekolah di daerah Tuaran. Murid tersebut mempunyai kemahiran membaca dan
menulis yang baik namun mempunyai masalah besar dalam format kata nama. Murid
tidak menguasai kata nama am dan khas kerana bagi mereka hal ini merupakan
sesuatu yang rumit dan seakan-akan sama sehingga perlu banyak menghafal. Murid
juga sangat tidak berminat dalam mempelajari tatabahasa.

Free download pdf