OBJEKTIF KAJIAN
Membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar pada kata nama
NKDVGDODPD\DWPHQJJXQDNDQWHNQLN³-DJX ́
SOALAN KAJIAN
$GDNDKWHNQLN³-DJX ́GDSDWPHPEDQWXPXULGPHQLQJNDWNDQSHQJXDVDDQSHQXOLVDQ
kata nama khas dalam ayat?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang dipilih adalah murid daripada sekolah di daerah Tuaran, Sabah.
Pengkaji telah memilih 5 orang murid yang terdirii daripada 2 orang murid lelaki dan
3 orang murid perempuan. Peserta kajian merupakan murid tahun 3 dan berumur 9
tahun. Peserta kajian yang dipilih terdiri daripada pelbagai bangsa. Peserta kajian
juga dipilih mempunyai pelbagai tahap prestasi akademik iaitu baik, sederhana dan
lemah. Pengkaji akan melaksanakan kajian berkenaan Bahasa Melayu kepada
peserta kajian.
Peserta kajian dipilih berdasarkan beberapa ciri tertentu yang dikehendaki pengkaji.
Antara ciri utama yang dikenalpasti adalah peserta kajian kebanyakannya
mempunyai masalah untuk membezakan kata nama khas. Biarpun beberapa kali
diterangkan oleh guru, mereka masih lagi tidak mampu untuk memahami kata nama
khas.Di samping itu, peserta kajian yang dipilih juga terdiri daripada murid yang
mempunyai masalah untuk belajar secara teori.
Akhir sekali, peserta kajian yang dipilih tidak mempunyai sebarang masalah
bekeperluan khas ataupun masalah kesihatan. Peserta kajian yang dipilih
mempunyai kesihatan yang baik semasa kajian ini dilaksanakan.