KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Kemudian daripada lagu tersebut, murid dikehendaki untuk menjadualkan lagu
tersebut seperti berikut.
am khas
sifat umum Khusus
huruf kecil Huruf pertama adalah besar
orang Ahmad
sekolah Sekolah Rendah Gayang
negeri Kelantan
kucing Si Comel
taman Taman Gayang
bangsa Melayu
daerah Tuaran

nasi Nasi Ayam Mail


Daripada jadual tersebut, murid dapat membandingkan kata nama am dan kata nama
khas.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah analisis lembaran kerja
sebagai intrumen utama. Pengkaji menganalisis lembaran kerja sebelum dan selepas
intervensi dilaksanakan serta hasil-hasil kerja peserta kajian semasa melaksanakan
pdp pada sebelum ini bertujuan mendapatkan maklumat dalam menjalankan kajian
ini. Pengkaji turut menggunakan kaedah ini untuk menganalisis rekod serta profil
peserta kajian. Selain itu, pengkaji jiga menggunakan soalan-soalan dalam intervensi
latihan dan intervensi pengayaan sebagai salah satu dokumen peserta kajian.
Free download pdf