KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Rajah 1: Graf perbandingan markah peserta kajian berdasarkan ujian pra dan ujian
pasca yang diedarkan.

Berdasarkan jadual dan graf yang disediakan, terdapat penerangan tentang
perbandingan peratusan markah ujian Pra dan ujian Pasca bagi lima orang peserta
kajian yang telah dikaji. Bagi ujian Pra iaitu ujian yang dijalankan sebelum sesi
intervensi dilakukan, mencatatkan peratusan markah yang rendah iaitu antara 20%
sehingga 30% dalam kalangan peserta kajian.


Ujian Pasca pula telah dijalankan setelah sesi intervensi dilakukan terhadap peserta
kajian. Berdasarkan jadual dan graf di atas, hal ini menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan yang jelas dan ketara apabila peratusan markah ujian Pasca peserta
kajian meningkat berbanding sebelum sesi intervensi dilakukan. Peratusan
peningkatan markah bagi PK 1 ialah sebanyak 60%, PK 2 sebanyak 80%, PK 3
sebanyak 70%, PK 4 juga sebanyak 70% dan PK 5 sebanyak 60%. Peningkatan
peratusan markah ini membuktikan bahawa peserta kajian dapat menjawab dengan
baik sekali. Justeru itu, hal ini membuktikan bahawa sesi intervensi yang dijalankan
terbukti berkesan dan membantu meningkatkan peratusan markah peserta kajian.


Secara keseluruhannya, hasil dapatan ujian ini telah menjawab kepada persoalan
kajian ini iaitu peningkatan penguasaan murid terhadap kata nama khas dalam ayat.
Pada awalnya murid mengalami masalah menggunakan huruf besar pada kata nama
khas dalam ayat, namun mereka telah menunjukkan satu peningkatan yang sangat


0

2

4

6

8

10

12

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5

Graf PerbandinganUjian Pra dan Ujian Pasca


Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca
Free download pdf