KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN PERENGGAN DALAM
PENULISAN KARANGAN NARATIF MURID TAHUN LIMA MENGGUNAKAN
PETA MINDA DIKEBAS ABI

Oleh
Muhammad Azrul Amin bin Abdul Rasid En. Madlaim bin Ejib @ Etib PISMP
Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2018 IPG Kampus Kent
[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid
untuk membuat rangka karangan naratif. Kajian ini dijalankan berfokus kepada penggunaan
Peta Minda DIKEBAS ABI iaitu hasil gabungan peta minda dan kata tanya dalam usaha
meningkatkan penguasaan murid dalam membuat rangka karangan naratif. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tindakan
dengan mengadaptasi Model Kemmis & Mc Taggart. Instrumen yang digunakan termasuklah
temu bual berstruktur, pemerhatian,dan ujian awal dan akhir Peserta Kajian ini melibatkan
seramai lima orang murid tahun lima dari salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah
sebagai peserta kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan Peta Minda DIKEBAS
ABI dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membuat rangka karangan bagi karangan
naratif sekaligus meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan. Selain itu,
penggunaan Peta Minda DIKEBAS ABI ini juga dapat membantu murid untuk mencari isi
karangan dengan lebih mudah. Penggunaan Peta Minda DIKEBAS ABI ini juga boleh
diaplikasikan dalam meningkatkan penguasaan murid untuk membuat rangka karangan bagi
karangan jenis lain. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Bahasa
Melayu untuk mempelbagaikan teknik pengajaran guru dalam kemahiran menulis.
Kata Kunci :Karangan naratif, rangka karangan, peta minda DIKEBAS ABI, kemahiran
menulis


ABSTRACT
This research was conducted to find solutions to the problems faced by students to create a
narrative essay framework. This research was conducted focusing on the use of Mind Map
DIKEBAS ABI which is the result of a combination of mind map and question words in an effort
to improve students' mastery in making a narrative essay framework. This study uses a
qualitative and quantitative approach with action research design by adapting the Kemmis &
Mc Taggart Model. The instruments used include structured interviews, observations, and
initial and final tests. Participants that involved in this research is five fifth year students from
one of the schools in the district of Tuaran, Sabah. The results of the research showed that
the use of Mind Map DIKEBAS ABI can improve students 'skills in making an essay framework
for narrative essays as well as improve students' performance in writing essays. In addition, t
the use of this DIKEBAS ABI Mind Map can also help students to find the content of the essay
more easily. The use of this DIKEBAS ABI Mind Map can also be applied in improving
students' mastery to create essay outlines for other types of essays. The significance of this
research is that it can be used by all Malay language teachers to diversify teachers' teaching
techniques in writing skills.
Keywords: narrative essay, essay framework, DIKEBAS ABI Mind Map, writing skills

Free download pdf