KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Konteks


Pengkaji merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah.
Pengkaji merupakan salah seorang pelajar PISMP ambilan Jun 2018 Bahasa Melayu
(BM) bagi Sekolah Kebangsaan (SK). Pada sesi praktikum fasa satu, pengkaji telah
ditempatkan di sebuah sekolah Kebangsaan di daerah Tuaran,Sabah. Pengkaji
menjalani praktikum selama tiga bulan. Pengkaji telah diberi amanah untuk mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu kelas tahun 5.


Berdasarkan pemerhatian pengkaji di sekolah tersebut, ramai murid didapati
tidak menguasai kemahiran menulis terutamanya dalam aspek membuat rangka
karangan. Murid di sekolah tersebut dilihat kurang mahir dalam membuat rangka
karangan walaupun murid telah dibantu dengan beberapa perkataan dan gambar
sebagai bahan rangsangan yang diberi dalam buku teks. Walaupun guru telah
memberi contoh tentang isi karangan dan menggalakkan murid berbincang antara
satu sama lain bagi menghasilkan rangka karangan, murid dilihat kurang berminat
untuk berbincang sebaliknya bergantung terus kepada bahan rangsangan yang diberi.
Hal ini menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak gramatis dan kurang baik selain
menjadikan jalan cerita yang ingin diceritakan dalam karangan tidak menarik.


Kelas tahun 5 yang diajar oleh pengkaji terdiri daripada 30 orang murid di
mana kebanyakkannya berbangsa Bajau dan mempunyai latar belakang keluarga
yang berpendapatan rendah. Peserta kajian yang dipilih mempunyai masalah
pembelajaran pada tahap yang sederhana. Ketika di sekolah itu, pengkaji telah
menerima sokongan dan dorongan yang baik semasa menjalankan kajian.


Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran


Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengkaji dapati bahawa murid
tidak dapat menghasilkan karangan naratif dengan baik walaupun telah ditunjukkan
contoh karangan dan gambar sebagai bahan rangsangan. Berdasarkan pemerhatian
pengkaji, hal ini disebabkan ketidakupayaan murid untuk memikirkan idea bagi
menulis isi dalam karangan seterusnya menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak
menarik. Menurut Rohaida Yusof & Zamri Mahamod (2015), KBAT perlu diterapkan
di dalam bilik darjah termasuklah dalam PdP penulisan bahasa Melayu. Guru perlu

Free download pdf