KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir di
dalam bilik darjah agar murid lebih berminat untuk belajar.

Masalah ini telah pengkaji kongsikan bersama guru pembimbing. Menurut
temu bual bersama beliau, beliau menyatakan masih terdapat beberapa murid yang
mempunyai masalah untuk menulis karangan. Beliau menyatakan perlunya
bimbingan yang berterusan dan sesuai bagi memastikan masalah ini dapat diatasi.
Melalui refleksi kendiri yang pengkaji lakukan berdasarkan masalah tersebut,
akhirnya idea untuk memperkenalkan Peta Monda DIKEBAS ABI telah terhasil bagi
membantu untuk mempertingkatkan penguasaan penulisan karagan dalam kalangan
peserta kajian.


Justeru, pengkaji bertekad untuk menjalankan kajian lanjut mengenai
intervensi Peta Minda DIKEBAS ABI dalam penulisan karangan naratif ini terhadap
murid.


FOKUS KAJIAN


Pelaksanaan Peta Minda DIKEBAS ABI merupakan satu tindakan untuk
menyelesaikan masalah murid dalam membuat rangka karangan naratif dengan baik
sebenarnya tercetus hasil pengalaman pengkaji sendiri sewaktu melaksanakan sesi
praktikum fasa pertama yang lalu. Hasil pemerhatian pengkaji mendapati bahawa isu
membina rangka karangan ini merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh murid
tahap 2.


Murid tidak menguasai kemahiran membuat rangka karangan kerana bagi
mereka ia adalah sesuatu yang rumit dan memerlukan mereka banyak berfikir. Murid
juga dilihat tidak berminat dalam mempelajari kemahiran merangka karangan. Hal ini
jelas kelihatan pada kaca mata pengkaji apabila murid diminta oleh pengkaji untuk
membincangkan rangka karangan dan menulis karangan naratif dalam kumpulan,
mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan banyak bergantung kepada bantuan dari
pengkaji daripada memikirkan isi karangan itu sendiri. Pengkaji membuat andaian
bahawa murid tidak menyukai merangka karangan disebabkan kurangnya minat
murid untuk berfikir sendiri dan lebih suka menunggu jawapan dari guru itu sendiri.


Bukan itu sahaja, pengkaji mendapati guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu sebelum ini tidak menekankan kemahiran berfikir dalam melatih
murid membuat rangka karangan. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan kajian oleh

Free download pdf