KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Siti Zabidah (2006) yang melihat bahawa kemahiran berfikir guru Bahasa Melayu
masih berada di tahap penggunaan mekanikal dan masih belum diserapkan secara
terancang. A. Rahman, Jamaludin dan Zamri (2015) menyatakan bahawa
kebanyakan guru tidak menekankan kemahiran berfikir kepada murid-murid dalam
pengajarannya. Guru lebih kepada usaha untuk mencapai objektif pengajarannya
dan menghabiskan sukatan pelajaran. Keadaan ini sedikit sebanyak menyumbang
kepada kurangnya usaha murid untuk berfikir ketika merangka karangan sebaliknya
meningkatkan kebergantungan kepada guru ketika menulis karangan.

Berdasarkan faktor murid tidak dapat menguasai kemahiran merangka
karangan dengan baik, maka pengkaji telah merancang untuk membantu murid
menerapkan kemahiran berfikir ketika membuat rangka karangan naratif.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Kajian


i. Meningkatkan kemahiran murid menulis karangan naratif menggunakan Peta
Minda DIKEBAS ABI.

Soalan Kajian


i. Adakah Peta Minda DIKEBAS ABI dapat meningkatkan kemahiran murid
menulis karangan naratif?

PESERTA KAJIAN


Seramai lima orang peserta kajian terlibat dalam kajian ini iaitu tiga murid lelaki dan
dua murid perempuan. Secara amnya, usia peserta kajian adalah dalam lingkungan
sebelas tahun.


Semua peserta yang menyertai kajian ini merupakan murid yang berada pada
dalam pelbagai dalam pencapaian akademik iaitu lemah, sederhana dan baik. Semua
peserta ini juga mengikuti sesi persekolahan seperti biasa. Murid-murid ini tinggal
berdekatan sekitar sekolah dan taman perumahan di Tuaran, Sabah. Kebanyakan
mereka daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Pengkaji akan
melaksanakan kajian berkenaan bahasa Melayu kepada peserta kajian.

Free download pdf