KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Peserta kajian yang dipilih berdasarkan dua ciri tertentu yang dikehendaki oleh
pengkaji. Antara ciri utama yang dikenalpasti adalah peserta kajian kebanyakkannya
mempunyai masalah membuat karangan naratif. Biarpun telah diberi tunjuk ajar dan
contoh karangan yang baik, mereka dilihat tidak mampu menghasilkan karangan
naratif yang berkualiti.


Akhir sekali, peserta kajian yang dipilih tidak mempunyai sebarang masalah
kesihatan yang kronik atau murid berkeperluan khas. Peserta kajian yang dipilih
mempunyai taraf kesihatan yang baik ketika kajian dijalankan.


TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pelaksanaan Kajian


Kajian ini dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dan di luar waktu kelas yakni ketika waktu lapang pengkaji dan peserta kajian. Bagi
kajian ini, pengkaji memperuntukkan 2 waktu di mana 1 waktu (30 minit) digunakan
untuk perbincangan dan penggunaan intervensi manakala 1 waktu (30 minit) untuk
murid-murid membuat latihan penulisan. Sebelum memulakan intervensi, pengkaji
telah menguji tahap penulisan murid dalam menulis karangan naratif menggunakan
ujian pra. Apabila pencapaian murid diketahui melalui ujian tersebut, pengkaji
memperkenalkan intervensi Peta Minda DIKEBAS ABI kepada mereka.


Pengkaji telah melaksanakn beberapa langkah PdP apabila memperkanalkan
intervensi kepada murid. Ketika set induksi, pengkaji memulakan sesi PdP dengan
menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk karangan untuk
menarik minat mereka.


Seterusnya, pengkaji berbincang dengan murid mengenai penulisan karangan
naratif. Selepas itu, pengkaji menerangkan tentang penggunaan Peta Minda
DIKEBAS ABI (untuk PdP pertama kali menggunakan kaedah ini) di mana
penggunaan intervensi ini digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan
dengan tajuk. Manakala kata tanya berfungsi sebagai panduan untuk mengeluarkan
isi dan memberikan contoh.


Langkah yang seterusnya, pengkaji memulakan perbincangan dengan
membincangkan perenggan pendahuluan. Pengkaji menjelaskan kepada muridmurid
bagi mengaitkan penggunaan kata tanya bagi memulakan sesebuah karangan naratif.
Sebagai contoh, ketika menulis pendahuluan karangan naratif yang bertajuk

Free download pdf