KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pengkaji meminta murid menulis sebuah karangan naratif yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan dalam masa 30 minit. Seterusnya pengkaji
melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan murid
berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan.


Teknik Menganalisis Data


a) Ujian Pra dan Pasca


Ujian digunakan untuk menilai hasil ujian pra dan ujian pasca yang dilakukan
terhadap murid kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis juga dalam bentuk jadual
untuk mengetahui jumlah atau frekuensi yang diperolehi oleh murid kajian secara
keseluruhannya. Data ujian pra dan ujian pasca akan dipersembahkan melalui rajah
dan jadual untuk melihat perbandingan markah dan peratus antara sebelum dan
selepas penggunaan intervensi Peta Minda DIKEBAS ABI.


Teknik Menyemak Data


Cohen & Manion (1994) dan Altritcher et al (1993) dalam Buku Prosiding Penyelidikan
Tindakan (2010), telah mencadangkan beberapa jenis triangulasi dalam penyemakan
data seperti triangulasi masa, triangulasi metod dan triangulasi penyelidik. Ia amat
penting untuk membezakan data yang diperoleh salah atau boleh dipercayai. Bagi
menyemak data, pengkaji telah memilih kaedah triangulasi penyelidik untuk kajian
yang saya jalankan.


Berdasarkan kepada kaedah triangulasi penyelidik, pengkaji telah meminta bantuan
guru pembimbing pengkaji untuk bersama-sama memeriksa kertas ujian untuk
proses pengumpulan data. Malah, pengkaji juga telah melakukan perbincangan
bersama rakan sekelas pengkaji yang menjalani praktikum di sekolah lain mengenai
kaedah analisis data yang telah dikumpul.

Free download pdf