Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
NURFIRZA BINTI SAPRI
NAMA PENYELIA: EN. TAJIP BIN TASSAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
KERANCUAN BAHASA: BAHASA ROJAK DALAM KALANGAN
SISWA PENDIDIK BAHASA MELAYU DI IPG KAMPUS KENT

ABSTRAK
Kerancuan bahasa merupakan satu isu yang menjadi barah dalam masyarakat di mana bahasa
yang digunakan tidak mengikut standard yang ditetapkan sehingga menimbulkan kekacauan dan
ketidaktekalan dalam struktur bahasa. Isu yang turut dikenali sebagai bahasa rojak ini juga
merupakan satu perkara yang sinonim berlaku dalam masyarakat di Malaysia kerana kebolehan
masyarakat menguasai lebih dari satu bahasa. Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan
menjadi lebih sukar dengan tabiat normalisasi bahasa rojak dalam komunikasi seharian
masyarakat. Oleh yang demikian, kajian dijalankan dengan meneliti fenomena percampuran kod
dalam komunikasi lisan dalam kalangan pelajar jurusan Bahasa Melayu di IPG Kampus Kent. Kajian
ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan bahasa rojak serta memperincikan
punca berlakunya isu ini dalam kalangan siswa pendidik. Kaedah kajian kualitatif digunakan dalam
kajian ini yang mana dapatan kajian diperoleh daripada instrumen pemerhatian dan temu bual.
Rakaman perbualan subjek kajian direkodkan untuk tujuan pemerhatian dan menganalisis
penggunaan bahasa rojak. Kajian ini melibatkan seramai tiga orang responden yang dipilih terdiri
daripada siswa pendidik yang mempunyai latar belakang bangsa yang berbeza. Pemilihan sampel
untuk kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Ketiga-tiga
responden yang dipilih merupakan siswa yang cenderung menggunakan bahasa rojak dalam
komunikasi lisan seharian mereka. Hasil dapatan kajian akan memperincikan penggunaan bahasa
rojak dalam kalangan responden yang dianalisis melalui pemerhatian yang dilakukan dan
membincangkan dengan lebih mendalam punca berlakunya isu ini.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati
diri bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih luar bidang teras bahasa Melayu di Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data.
Instrumen dibangunkan oleh pengkaji yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap guru pelatih luar bidang teras bahasa
Melayu yang mewakili pelbagai kaum tetap kekalkan jati diri Bahasa Melayu mereka. Tahap
penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berada pada tahap masih kekal jati diri.Implikasi
kajian ini adalah penekanan kepada penggunaan Bahasa Inggeris dan bahasa lain dalam semua
aktiviti seharian baik dari segi lisan dan tulisan bahasa Inggeris oleh pelbagai pihak, sedikit
sebanyak mempengaruhi tahap jati diri Bahasa Melayu dari segi pemahaman, penghayatan dan
pengamalan Bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih luar bidang teras bahasa Melayu.


NURFAEZ FARZIANA BINTI FAUZI
NAMA PENYELIA: EN. TAJIP BIN TASSAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TAHAP PEMAHAMAN, PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN JATI
DIRI BAHASA MELAYU GURU PELATIH LUAR BIDANG TERAS
BAHASA MELAYU
Free download pdf