Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kesantunan bahasa merupakan etika ataupun perilaku di dalam sebuah pertuturan yang berlaku
secara langsung dan tidak langsung. Pertuturan yang berkesan di antara pendengar dan penutur
adalah melalui aspek kesantunan bahasa yang mana melibatkan penggunaan kata, ekspresi
wajah, gerak geri, suara dan nada yang sesuai dan sebagainya. Penggunaan kata panggilan atau
sapaan merupakan antara cara yang menunjukkan kesantunan bahasa di dalam pertuturan. Oleh
itu, kajian ini adalah untuk mengetahui kata panggilan atau sapaan yang digunakan oleh
penduduk di Kampung Taginambur, Tamparuli Sabah. Informan di dalam kajian ini
mengkategorikan pioiitan sebagai kata panggilan atau sapaan. Hal ini demikian kerana pioiitan
juga berbentuk kata nama yang digunakan oleh dua orang individu yang bersahabat. Pioiitan
merupakan nama yang istimewa di antara dua orang yang bersahabat dan berbeza dengan nama
sebenar atau nama panggilan mereka. Pioiitan atau kata panggilan terhasil melalui situasi atau
keadaan yang telah memberikan kesan yang mendalam dalam hidup mereka. Justeru, nama
pioiitan diambil sempena nama buah-buahan, lirik lagu, kata sifat atau kata kerja. Seterusnya,
kajian ini telah dilaksanakan terhadap beberapa orang responden di dalam kumpulan yang
berlainan jantina dalam konteks sosiolinguistik. Hasil dapatan menunjukkan kata panggilan atau
pioiitan digunakan bagi mengelakkan diri daripada menyebut nama sebenar disebabkan
persetujuan yang sudah dijanjikan antara dua orang individu, di samping menunjukkan rasa
hormat-menghormati antara sesama. Kajian ini bersifat etnososial dan menggunakan pendekatan
kualitatif yang dilaksanakan melalui pemerhatian lapangan dan temu bual. Dapatan kajian
dianalisis dengan menggunakan kaedah transkripsi serta triangulasi data dari hasil pemerhatian,
temubual dan kajian kepustakaan serta nota lapangan.


AMIZA BINTI MD MUSTAPHA
NAMA PENYELIA: EN. VICTOR BAGA
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
POGODUHAN MONTOK TINA MONONTIAN TINARU DUSUN
ID KAMPUNG PUHUS, KOTA BELUD, SABAH.

ABSTRAK^
Kajian ini merupakan kajian yang meneliti unsur simbol, makna dan rasional dalam pantang larang
masyarakat Dusun, khususnya pantang larang kepada ibu mengandung. Pantang larang kepada
ibu mengandung termasuklah semasa mengandung dan selepas melahirkan. Tidak dapat
disangkal lagi, bahawa generasi muda pada masa kini semakin melupakan pantang larang yang
telah diturunkan oleh nenek moyang masyarakat Dusun. Kajian ini merupakan kajian etnografi
yang menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan,
temu bual, borang soal selidik dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga
kategori unsur simbol berdasarkan Teori Semiotik Pierce. Unsur simbol yang di ketengahkan
berkaitan pantang larang ibu mengandung ini ialah makanan, perbuatan dan sifat. Hasil analisis
kajian ini juga menunjukkan maksud pantang larang diberikan melalui pengalaman dan
kepercayaan nenek moyang. Selain itu, setiap pantang larang yang diturunkan mempunyai
rasionalnya yang tersendiri. Secara umum, rasional pantang larang ini digunakan adalah bagi
mengelakkan sesuatu hal yang tidak diingini berlaku kepada ibu mengandung tersebut. Budaya
pantang larang dalam pergaulan seharian perlu diamalkan dan diteruskan oleh generasi kini
sebagai satu identiti masyarakat Dusun, umumnya di Kampung Puhus, Kota Belud. Kesimpulan
daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan unsur simbol dalam menyatakan pantang
larang masyarakat Dusun adalah bertujuan untuk membentuk gaya hidup yang baik bagi
seseorang atau masyarakat tersebut.


BONNY VENTURE PAUKIN
NAMA PENYELIA: EN. VICTOR BAGA
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
KOPOMOGUNOON BOROS TOLINUUD DO PIOIITAN NGARAN ID
KAMPUNG TAGINAMBUR TAMPARULI, SABAH.
Free download pdf