dan mungkin juga terdapat aktiviti gunung
berapi.
Permukaan bumi berubah secara perlahan
mengikut perubahan masa, dengan
gunung-gunung terhakis oleh cuaca, dan
gunung yang baharu dihasilkan ketika
kerak dipaksa ke atas.
Kegiatan manusia menghasilkan karbon
dioksida dan metana yang meningkatkan
kesan rumah hijau dan membawa kepada
pemanasan global serta perubahan iklim.
- Sesetengah bahaya alam (natural hazards),
seperti letusan gunung berapi dan cuaca
buruk, didahului oleh fenomena yang
membolehkan ramalan yang boleh
dipercayai dibuat. Manakala yang lain,
seperti gempa bumi, berlaku secara tiba-
tiba dan tanpa pemberitahuan, dan belum
dapat diramalkan.
- Pemahaman tentang persekitaran juga
merupakan asas untuk membuat keputusan
yang cekap, langkah menangani yang lebih
baik, dan kesediaan untuk menghadapi
risiko bencana.
PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence)
Performance Task
- Dalam kumpulan, murid dikehendaki
mengumpulkan, membaca dan menilai
kesahan saintifik maklumat yang
diperoleh, serta menggabungkan maklumat
tersebut untuk menjelaskan (i) kejadian
geobencana seperti gempa bumi,
volkanisme, tanah runtuh, tsunami,
pemanasan global, hujan asid, tanah jerlus,
dan lubang benam), (ii) impak bencana
alam kepada manusia dan (iii) bagaimana
sains dan teknologi digunakan untuk
menghadapi geobencana.
- Sesetengah geobencana boleh diramal.
Kenal pasti geobencana yang boleh
diramal. Bagaimanakah ahli sains meramal
kejadian geobencana?
- Murid dikehendaki mengumpul maklumat
melalui pembacaan dokumen dalam talian
dan hardcopy, dan menemu bual pakar.
Evidence
- Pengetahuan:
Melalui pembentangan hasil dapatan
dan Penilaian Formatif 9.4
- Proses:
Pentaksiran proses mencari dan
mengumpul maklumat melalui catatan
dalam My Science Notebook dan soal
jawab dengan murid
- Produk:
Bahan pembentangan persembahan
multimedia