Bahagian III: Tugasan (Persembahan Multimedia)
Tujuan: Menyediakan Persembahan Multimedia bertajuk Fenomena Geobencana.
Standard pembelajaran:
9.4.1 Berkomunikasi mengenai geobencana.
9.4.2 Menjana idea tentang kepentingan sains dan teknologi untuk menghadapi geobencana
9.4.3 Menyedari bahawa geobencana mendatangkan kesan terhadap kehidupan alam sekitar
Tempoh: 120 jam
Aktiviti:
- Kumpulkan maklumat berkaitan jenis geobencana yang telah dipilih.
- Bentangkan hasil dapatan menggunakan multimedia (5 -6 minit per kumpulan).
Persembahan multimedia perlu merangkumi yang berikut:
- Pengenalan kepada geobencana (satu sahaja)
- Sebab dan di mana geobencana tersebut berlaku
- Kekerapan geobencana berlaku/ tempat masih aktif /pernah atau telah dilanda
- Impak geobencana terhadap alam sekitar dan manusia.
- Teknologi dan pengetahuan sains yang diaplikasikan/ digunakan serta fungsinya untuk
mengesan dan meningkatkan kecekapan menghadapi risiko geobencana. - Kepentingan penyelidikan berterusan berkaitan Fenomena Geobencana
- Langkah kesiapsiagaan menghadapi fenomena geobencana
- Refleksi /Renungan
Maklumat boleh diperoleh melalui cara:
- Bahan sokongan /bukti kajian kes geobencana
- Artikel suratkhabar
- Laman sesawang
- Buku/ Majalah/Makalah
- Temu bual dengan pakar