IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence)

Performance Task



  1. Penyiasatan #1: Murid membina dua
    model untuk membandingkan kadar
    kenaikan suhu dan kadar penurunan suhu
    dengan kehadiran gas karbon dioksida
    (dihasilkan melalui tindak balas kimia)
    pada balang yang pertama dan balang
    yang kedua tanpa kehadiran gas karbon
    dioksida.

  2. Penyiasatan #2: Murid membina dua
    model untuk membandingkan penurunan
    suhu dan kenaikan suhu dengan satu
    balang diisikan dengan air panas dan
    pembungkus plastik sebagai gas karbon
    dioksida. Balang yang kedua diisi dengan
    air panas tetapi tidak ditutup dengan
    pembungkus plastik.

  3. Penyiasatan #3: Murid membina dua
    model untuk membandingkan kenaikan
    suhu dan penurunan suhu dengan satu
    balang diisi dengan air sejuk dan ditutup
    dengan pembungkus plastik. Balang yang
    kedua diisi dengan air sejuk tetapi tidak
    ditutup dengan pembungkus plastik.

  4. Penyiasatan #4: Murid membina dua
    model untuk membandingkan kenaikan
    suhu dan penurunan suhu di Bumi. Tanah
    digunakan untuk mewakili Bumi dalam
    kedua-dua balang yang digunakan. Hanya
    satu balang yang akan ditutup dengan
    pembungkus plastik.


Pencapaian murid dinilai berdasarkan
Kriteria Pentaksiran di Lampiran ML3-5.


Evidence

i. Pengetahuan: Mengenal pasti miskonsepsi
atau idea awal murid melalui ramalan
yang dicatatkan dalam Lampiran ML-3-3
iaitu bahagian ramalan.

ii. Proses:
a. Memerhatikan kemahiran-kemahiran
proses sains seperti berikut:


  • Mengukur dan menggunakan nombor

  • Meramal

  • Menggunakan ruang dan masa semasa
    menjalankan penyiasatan
    b. Memerhatikan kemahiran
    menggunakan paparan data seperti jadual
    dan graf untuk mengenal pasti hubungan
    ruang dan masa.


iii. Produk: Menilai graf yang diplot
oleh murid dan esei lima baris bagi
memerihalkan pemanasan global dan
peranan pokok dalam mengawal
fenomena pemanasan global.
Free download pdf