Contoh 5: “Insulate Me”
Kuit Vui Ket, Nadia Richard dan Zulhariszan Abd Manan
Tahun/ Tingkatan: Tingkatan 2
Standard kandungan (Sains)
9.2 Pengaliran haba dan keseimbangan haba
9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba
Standard pembelajaran (Sains)
9.2.3 Berkomunikasi mengenai konduktor haba dan penebat haba serta kegunaan konduktor
dan penebat haba dalam kehidupan harian
9.4.1 Menunjuk cara bagaimana objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik
daripada objek putih dan berkilat
9.4.3 Mengkonsepsikan dan mereka bentuk menggunakan konsep haba dalam kehidupan
harian
Amalan sains
Membangunkan dan menggunakan model; Merancang dan menjalankan penyiasatan; Mereka
bentuk penyelesaian
Kemahiran abad ke-21/ nilai/ sikap saintifik
Kreatif, Kritis, Komunikasi, Kolaborasi
Ringkasan aktiviti
Murid mengaplikasikan proses reka bentuk kejuruteraan untuk mereka bentuk model termos
(atau cawan) yang dapat menyimpan haba dengan lebih lama. Murid menjustifikasikan lakaran
model yang dihasilkan dengan konsep sains dalam topik haba dalam membuat pelaporan.
Selepas itu, murid akan menilai dan mencadangkan penambahbaikan model jika perlu. Selain
itu, murid akan melaksanakan aktiviti untuk mereka cipta model rumah kucing terbiar dengan
menggunakan pengetahuan mengenai haba dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif
dengan mengambil kira nilai sosial, ekonomi atau budaya masyarakat. Dalam proses
pembelajaran ini, murid akan memperoleh pengalaman amalan sains seperti membangunkan
dan menggunakan model, merancang dan menjalankan penyiasatan serta mereka bentuk
penyelesaian.
Alat dan bahan
Kertas A4 berwarna-warni , Kotak Terpakai, Gunting, Gam, Kain tebal, peralatan Alat Tulis
dan bahan-bahan lain (bergantung kepada rancangan murid dan dikumpul oleh murid)
Masa: 200 Minit