IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
Pengetahuan


  1. Mengetahui bahawa pengaliran haba boleh
    berlaku dalam tiga cara berbeza, iaitu
    konduksi, perolakan dan sinaran.

  2. Mengetahui bahawa dua objek yang berada
    dalam sentuhan terma dapat memindahkan
    tenaga haba antara dua objek itu sehingga
    pemindahan haba antara dua objek adalah
    sifar iaitu keseimbangan haba tercapai.

  3. Mengetahui bahawa jenis (kusam atau
    berkilat) dan warna permukaan (gelap atau
    putih) objek mempengaruhi jumlah haba
    yang diserap atau dipancarkan oleh sesuatu
    objek.

  4. Memahami bahawa permukaan gelap dan
    kusam adalah penyerap haba yang baik.

  5. Memahami bahawa permukaan putih dan
    berkilat adalah pemantul haba yang baik.


Kemahiran


  1. Menjustifikasikan lakaran model yang
    dihasilkan dengan konsep sains dalam
    topik haba dalam membuat pelaporan.

  2. Menilai dan mencadangkan
    penambahbaikan model termos atau cawan
    kepada kaedah penyiasatan dan kaedah
    inkuiri lanjutan apabila perlu.

  3. Membincangkan lakaran model yang
    dihasilkan semasa aktiviti penerokaan
    semasa Fasa 3.

  4. Mereka cipta model rumah kucing terbiar
    dengan menggunakan pengetahuan dan
    kemahiran sains mengenai haba dalam
    konteks penyelesaian masalah dan
    membuat keputusan atau dalam
    melaksanakan satu tugasan dalam situasi
    baru secara kreatif dan inovatif dengan
    mengambil kira nilai sosial, ekonomi atau
    budaya masyarakat.

  5. Merumuskan bahawa pengaliran tenaga
    haba boleh dimanipulasikan untuk
    menangani masalah bekas menyimpan air
    panas yang tidak dapat menyimpan haba
    dalam tempoh yang lama dan membincang
    dan menganalisis implikasi sains untuk
    menyelesaikan masalah tersebut.

  6. Sentiasa menggunakan laras sains untuk
    berkomunikasi dengan jelas dan tepat dan
    mendokumentasikan sumber maklumat
    dengan lengkap sepanjang aktiviti mereka
    cipta model termos atau cawan tersebut.


PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence)

Performance Task


Tugasan:



  1. Perbincangan berdasarkan pengalaman dan
    pemerhatian persekitaran tentang pengaliran
    haba serta kegunaan konduktor haba dan
    penebat haba dalam kehidupan harian.

  2. Perbincangan untuk melakar dan
    menghasilkan satu model termos dan rumah
    haiwan dalam kumpulan menggunakan
    proses reka bentuk kejuruteraan.


Bukti

Pengumpulan bukti:
● Pengetahuan: Melalui keputusan kuiz dan
pembentangan hasil dapatan
● Proses: Pemerhatian terhadap proses murid
melakarkan model, pemilihan bahan dan
kolaboratif kumpulan, kemahiran saintifik
dan kemahiran manipulasi (pembinaan
workability model)
Free download pdf