IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
Setiap kumpulan dikehendaki memberi penjelasan bagaimana tenaga digunakan oleh
manusia melalui lakaran model (Lakaran seperti Gambarajah 1). Setiap kumpulan
memberi penjelasan untuk tugasan yang diterima sahaja.

Guru membimbing murid-murid untuk menentukan maklumat yang perlu dicari. Contoh-
contoh maklumat yang perlu dicari:
i. Maksud tenaga yang boleh dibaharui/ tidak boleh dibaharui
ii. Kelebihan dan kekurangan tenaga/ suria/ hidro/ angin/ bahan api/ nuklear
iii. Bagaimana sumber-sumber tenaga tersebut digunakan sebagai sumber yang boleh
dibaharui/ tidak boleh dibaharui
iv. Bagaimana manusia menggunakan sumber tenaga tersebut
v. Bagaimana mengurangkan masalah penyimpanan tenaga suria
vi. Bagaimana mengaplikasikan tenaga hijau di pusat bandar

Explain (60 minit)


  1. Murid membentangkan lakaran model dan memberi penjelasan hasil kerja mereka.

  2. Murid membuat perbandingan lakaran model mereka dengan kumpulan lain.

  3. Guru membimbing murid untuk menyampaikan maklumat yang penting dan
    membetulkan miskonsepsi (jika ada).

  4. Murid membuat kesimpulan maksud tenaga yang boleh dibaharui/ tidak boleh dibaharui,
    dan kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah.


Elaborate (60 minit)
Untuk memberi pengalaman autentik kepada murid-murid, mereka diminta untuk menyiasat
operasi syarikat-syarikat pengusaha sumber tenaga tempatan (Contoh: Projek Upper Padas/
Empangan Air Babagon/ Tenom Pangi Dam/ Hydro Plant Sabah Electricity Sdn. Bhd./
Large Scale Suria (LSS) Sabah Electricity Sdn. Bhd./ Kimanis Power Plant dan lain-lain
contoh yang sesuai).


  1. Murid-murid membentukkan kumpulan.

  2. Guru mencadang sumber-sumber maklumat seperti:
    i. laman web yang sesuai
    ii. temu bual dengan pakar/ ketua kampung/ penduduk tempatan
    iii. surat khabar tempatan/ dalam talian

  3. Murid-murid dikehendaki menyiasat perkara-perkara seperti impak/kesan daripada
    aktiviti-aktiviti syarikat pengusaha sumber tenaga tersebut (contoh: kesan kepada
    ekosistem, isu-isu pencemaran, kesan kepada penduduk tempatan).

  4. Murid-murid mempersembahkan hasil siasatan mereka, membincangkan pengalaman
    dan hasil pembelajaran daripada aktiviti ini. Mereka dibimbing berkomunikasi secara
    kreatif dan inovatif tentang inovasi dalam penggunaan sumber tenaga pada masa depan,
    serta mencadangkan cara-cara/ langkah-langkah penyelesaian masalah.


Guru membimbing murid untuk menyampaikan maklumat yang penting dan
membetulkan miskonsepsi (jika ada). Guru membimbing murid membuat kesimpulan
tentang tenaga yang boleh dibaharui/ tidak boleh dibaharui, kepentingan penggunaan
sumber tenaga secara berhemah dan menaakul kepentingan penggunaan secara berhemah
untuk sumber tenaga tidak boleh dibaharui
Free download pdf