189
Guru bertanya soalan kepada murid:
G: Apakah yang kamu pelajari hari ini?
M: Menanam biji benih dan anak pokok
kangkung untuk menjalankan
penyiasatan.
G: Apakah kelebihan / kepentingan air kepada
tumbuhan?
M: Tumbuhan menjadi sihat.
G: Nyatakan satu keperluan asas bagi tumbuhan
yang kita pelajari pada hari ini?
M: Air
Guru membimbing murid merumuskan pelajaran
hari ini.
Guru mengingatkan murid tentang tugas dan
tanggungjawab murid untuk menjaga biji benih
dan anak pokok yang baharu ditanam (siram air
dan merekod pemerhatian).
Guru memaklumkan kepada murid bahawa hasil
daripada penyiasatan akan dibincang pada minggu
hadapan.
Guru meminta murid mengemas/membersihkan
tempat penyiasatan sebelum balik ke kelas.
Murid beratur balik ke kelas dalam kumpulan
sambil membawa bersama keratan buluh A, B, C
dan D.
* PBS
Rujuk jadual tugas
kumpulan dalam
Lembaran kerja 1
(Lampiran S17-1)
Lampiran
Lampiran S17-1 : Lembaran Kerja 1 - 5
Lampiran S17-2 : Nota 1
Panduan untuk guru
- Peringatan bahawa kemungkinan tahap kognitif dalam kalangan murid ada berbeza
dengan murid arus perdana. - Bahan-bahan yang digunakan semasa PdP perlu merupakan bahan yang biasa dilihat /
digunakan oleh murid di sekolah pedalaman. - Guru perlu menggunakan kemahiran sendiri untuk menentukan kelancaran proses PdP.
- Guru perlu mempunyai sifat fleksibel dalam melaksanakan PdP agar ia membawa
kepada pembelajaran yang bermakna.