IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
12


  1. Peserta berkongsi catatan di dalam carta dengan rakan sekumpulan. Carta kumpulan dibina
    dan dicatat di atas kertas mahjong.

  2. Fasilitator membina carta K-W-L di atas papan putih ataupun memancar melalui perojektor
    carta yang teleh dibina menggunakan perisian MS Word.


Contoh carta K-W-L:

Carta K-W-L: Memahami IBSE
K (What we know)
Apa yang telah kita tahu

W (What we want to know)
Apa yang kita ingin tahu

L (What we learned)
Apa yang kita pelajari

 Fasilitator mengumpul butir-butir mengenai lajur K daripada semua kumpulan. Kesemua
dapatan dicatat dalam lajur K carta K-W-L. langkah ini dilakukan sehingga semua
kumpulan sudah menyatakan semua idea mereka. Idea-idea tambahan dari individu turut
digalakkan.
 Fasilitator mengumpul butir-butir mengenai lajur W daripada semua kumpulan. Respon
dalam bentuk pernyataan perlu ditukar kepada bentuk soalan. Kesemua soalan akan
dicatat dan idea-idea tambahan turut digalakkan.


  1. Secara individu, peserta membaca teks (dalam bahagian Pengenalan) dan mengisi lajur L
    dalam carta tergabung. Mereka seharusnya mencari jawapan kepada soalan-soalan dalam lajur
    W dan mengisi lajur L semasa atau selepas membaca.

  2. Fasilitator memudahara perbincangan berasaskan maklumat dalam lajur L.


Nota: Sekiranya jawapan bagi soalan peserta mengenai IBSE tidak dapat diperoleh daripada
Bahagian Pengenalan, peserta digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain untuk
memperoleh jawapan tersebut ataupun hanya mengisi lajur L di penghujung bengkel IBSE ini.

Penilaian dan refleksi

Pra aktiviti


  1. Apakah yang anda faham tentang IBSE? Cuba nyatakan perkataan, istilah atau frasa yang
    berkaitan dengan IBSE yang anda tahu.

  2. Adakah anda telah mengamalkan IBSE dalam pengajaran dan pembelajaran anda? Jika ada,
    sila berikan contoh.

  3. Apakah aspek lain yang ingin anda tahu mengenai IBSE?


Pasca aktiviti


  1. Jelaskan kefahaman anda tentang IBSE.

Free download pdf