44
daripada model dan penyiasatan saintifik mereka (National Research Council, 2012). Sekiranya
murid membangunkan amalan mengemukakan soalan, mereka boleh bertanya soalan dengan
lebih baik. Oleh itu, pengalaman mempelajari sains (dan kejuruteraan) sepatutnya
membangunkan kemahiran mengemukakan soalan dalam kalangan murid dan menggalakkan
mereka menjana soalan yang boleh disiasat secara empirikal. Murid-murid juga perlu mengenali
perbezaan antara soalan yang tidak boleh disiasat (non-investigable question) dan soalan yang
boleh disiasat (investigable question). Jawapan bagi soalan yang tidak boleh disiasat boleh
ditemui dalam sumber seperti kamus atau melalui pencarian laman web. Manakala soalan yang
boleh disiasat adalah soalan yang boleh diuji untuk menentukan jawapannya.
Mengemukakan soalan turut meliputi mengemukakan soalan mengenai data dan dakwaan (claim)
yang dibuat. Perlu disedari bahawa mengemukakan soalan juga akan membawa kepada
penglibatan amalan sains yang lain. Sebagai contoh, mengemukakan soalan mengenai data akan
membawa kepada amalan menganalisis dan menginterpretasi data dengan lebih lanjut. Contoh
lain, seseorang murid mungkin mengemukakan soalan dan seterusnya membawa kepada amalan
merancang dan menjalankan penyiasatan atau penambahbaikan suatu reka bentuk.
Murid harus mempunyai rasa pemilikan (ownership) dan memahami soalan atau masalah yang
sedang dikaji.
Untuk melibatkan murid secara bermakna dalam suatu penyiasatan sains, mereka perlu
memahami sepenuhnya soalan ataupun masalah yang sedang dikaji. Salah satu cara adalah
menyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian semasa menentukan soalan atau
masalah. Mereka perlu diberi masa untuk memahami isi pelajaran; membincangkan soalan dan
masalah yang mungkin, memikirkan apa yang bakal disiasat dan cara pelaksanaannya (Pollen,
2009).
Bagaimanakah anda membantu murid mengemukakan soalan dalam kelas anda sekarang?
Peristiwa bercanggah (discrepent events) dan IBSE
Suchman (1966), seorang peneraju awal dalam pembangunan strategi inkuiri dan program
berasaskan inkuiri, menyarankan agar strategi inkuiri merangkumi peristiwa bercanggah yang
mana hasilnya adalah di luar jangkaan atau diragui. Murid memerhatikan peristiwa bercanggah,
mengemukakan soalan, menguji pelbagai hipotesis dan bersoal-jawab melalui sesi debriefing.
Salah satu cara efektif untuk menggunakan peristiwa bercanggah adalah dengan bertanya kepada
murid apakah yang akan berlaku sebelum melakukan demonstrasi dan meminta murid
menyatakan idea jawapan yang munasabah tanpa memikirkan betul atau salah jawapannya.
Setelah demonstrasi perisitwa bercanggah itu, biarkan murid berinteraksi dengan bahan-bahan
untuk menyiasat sebarang pemboleh ubah. Mereka diminta mencatat sebarang soalan yang
timbul dan pemboleh ubah yang boleh disiasat. Sekiranya tujuan anda adalah ingin
membangunkan kemahiran inkuiri murid (seperti mengemukakan soalan yang boleh disiasat),