46
Sekiranya peserta menggunakan buku nota sains, jurnal sains, atau peralatan catatan peribadi
yang lain, soalan yang dijanakan oleh peserta seharusnya dicatatkan ke dalamnya. Bukan sahaja
mengemukakan soalan, malah peserta patut digalakkan untuk menerokai jawapan terhadap
soalan mereka sendiri.
Objektif
Di akhir slot ini, peserta dapat:
- Mengemukakan soalan dengan memerhati dan mengalami fenomena tersebut.
- Membentuk dan memurnikan soalan yang boleh dijawab secara emprikal dalam kelas sains.
- Membandingkan dan membezakan soalan yang boleh disiasat dengan soalan yang tidak
boleh disiasat. - Mengubah soalan yang tidak boleh disiasat kepada soalan yang boleh disiasat.
Alat dan bahan (untuk setiap kumpulan)
Aktiviti 1: Belon Ais
- 1 belon ais
- 1 dulang cetek
- 1 besen yang dalam
- 1 kanta tangan
- 1 termometer
- 2 paku
- Pewarna makanan (dua warna yang berbeza)
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar garam
- Bekalan air
Aktiviti 2: Cartesian Diver
- Satu Cartesian Diver
- Satu botol yang mengandungi air (90% penuh)
Masa: 4 jam
Prosedur
Aktiviti 1 : Belon Ais
Penerokaan (Explore)
a. Perhatikan, manipulasikan ais itu dan catatkan soalan anda
- Manipulasikan ais yang diletakkan di dalam dulang dengan menggunakan radas yang
disediakan.