IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
52

Lampiran S4-1

Enjoyment and satisfaction in finding out for themselves something that they want to know.


Keseronokan merupakan satu motivasi yang kuat untuk melakukan apa-apa sahaja termasuk
mempelajari sains. Untuk memberikan pengalaman autentik kepada murid, murid perlu
mendefinisi soalan atau masalah secara sendiri, yang mana mereka tidak mengetahui
jawapannya dan ingin mencari jawapannya. Kerja amali di makmal sekolah atau bilik darjah
sering menitikberatkan soalan yang dikemukakan oleh guru dan tidak menarik minat murid.
Ini disebabkan jawapan bagi soalan itu agak ketara (sebagai contoh, murid mungkin telah
mengetahui bahawa kereta yang bergerak dari kecerunan yang lebih tinggi akan bergerak lebih
jauh berbanding dengan kereta yang bermula dari kecerunan yang lebih rendah), atau jawapan
yang dikehendaki di luar konteks murid dan tidak dapat merangsang murid mengemukakan
soalan mereka sendiri (mengapakah murid perlu mengambil tahu faktor yang mempengaruhi
ayunan bandul?). Kotak 2 menggambarkan bagaimana pendekatan yang berlainan boleh
mempengaruhi sejauh mana murid mengambil pemilikan (ownership) terhadap soalan.


Kotak 2

Bayangkan seorang guru sedang memperkenalkan unit tentang pengukuran masa. Salah satu
radas pengukuran masa yang sedang disiasat oleh murid ialah jam pasir. Murid-murid
dicabar untuk berfikir tentang bagaimana jam pasir dibina dan apakah faktor (pemboleh
ubah) yang penting dalam mengawal masa yang diambil oleh pasir melalui liang kecil. Hasil
pembelajaran kedua adalah murid menyedari bahawa mereka hanya boleh memperoleh
keputusan yang sahih sekiranya mereka memanipulasikan satu faktor (pemboleh ubah)
dalam satu masa (dan memalarkan pemboleh ubah yang lain). Cara guru menyediakan
proses penyiasatan itu boleh mempengaruhi rasa pemilikan (sense of ownership) dan
kefahaman murid.

a) Seseorang guru mungkin menunjukkan sebuah jam pasir kepada murid dan menyatakan
faktor yang mempengaruhi masa yang diambil oleh pasir untuk melalui liang kecil.
Kemudian guru turut memberitahu murid tentang langkah-langkah untuk menjalankan
eksperimen dan murid sendiri perlu melihat keputusannya. Cara ini adalah sama seperti
pengajaran jenis kuliah traditional, di mana guru memberi keputusan. Ini adalah sangat
berbeza dengan pengajaran berasaskan inkuiri.

b) Seorang guru yang lain mungkin mengarahkan murid untuk memerhati, melukis dan
menerangkan sebuah jam pasir yang terletak di atas meja, bertanya kepada mereka
apakah faktor yang mempengaruhi masa yang diambil oleh pasir untuk melalui liang
kecil, dan diikuti dengan perbincangan tentang penyiasatan yang akan dijalankan oleh
mereka. Soalan ini mungkin membawa makna kepada sebahagian murid, tetapi
mungkin tidak kepada mereka yang kurang berpengalaman dengan jam pasir.
Free download pdf