63
Penilaian dan refleksi
Pra aktiviti
- Apakah pandangan awal anda tentang perkataan “model”?
- Bagaimanakah cara yang biasa penggunaan sesuatu model di dalam kelas sains?
Pasca aktiviti
- Apakah pandangan anda tentang pembinaan dan penggunaan model di dalam kelas sains?
- Bagaimana persepsi tentang penggunaan model berubah setelah menjalankan aktiviti slot
ini? - Apakah cabaran yang anda rasa wujud dalam melaksanakan penggunaan model ini?
- Apakah pandangan anda tentang petikan berikut?
Kesimpulan
Dalam proses inkuiri saintifik, saintis membangun serta mengguna model dalam penyiasatan
mereka. Oleh yang demikian, sekiranya kita mahu murid belajar sains sepertimana saintis
bekerja, murid mestilah mengetahui apakah itu suatu model saintifik, bagaimana ia
dibangunkan dan digunakan oleh para saintis (Gilbert, 2004). Jadi, ini bermakna di dalam
sesuatu pembelajaran sains, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membiasakan diri
dengan penggunaan model untuk kefahaman mereka dalam suatu konsep sains. Schwartz dan
Lederman (2008) pula menambah bahawa sesuatu model itu tidak semestinya bermakna
menghasilkan suatu replika yang tepat sepertimana sesuatu fenomena atau proses asli, tetapi
ia mestilah bersasar iaitu sebagai perwakilan dan penerangan berfokus kepada ciri-ciri utama
struktur dan juga fungsi sasaran itu tadi. Ciri-ciri ini mestilah mempunyai unsur-unsur
penerangan, meramal, menggambarkan, memudahkan, serta memaparkan hubungan konsep
yang ingin diketengahkan.
Di dalam kelas sains, guru-guru sangatlah digalakkan melibatkan murid mengguna model bagi
menjelaskan konsep sains. Model-model mestilah antara lain mempunyai ciri-ciri menjelas
atau/dan meramal sesuatu sistem/fenomena seperti yang diutarakan oleh Gilbert (2004).
Sebaiknya pula, model ini dibangunkan oleh murid-murid sendiri kerana ini bertepatan
dengan proses inkuiri yang ingin diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sains terkini.
Quote 1: Scientific models AREN’T ART projects!
Art projects are great, but they serve a different purpose
Constructing conceptual/physical models for the sake of constructing a model (e.g.,
jello models of the cell) or to reinforce ideas doesn’t allow students to advance their
ideas and consider how the model works with respect to evidence and theory.
(Schwarz & Passmore, 2012)