IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
66

Amalan sains


Merancang dan menjalankan penyiasatan. Sama ada menjalankan kajian sains atau
kejuruteraan, adalah penting bagi murid menyatakan tujuan penyiasatan, meramalkan hasil
dan merancang tindakan atau langkah-langkah yang dapat memperoleh bukti yang kukuh
untuk menyokong kesimpulan yang bakal dibuat. Murid perlu merancang penyiasatan yang
dapat menjana data sebagai bukti untuk menyokong dakwaan (claim) yang dibuat oleh
mereka mengenai sesuatu fenomena. Semasa menjalankan eksperimen, murid diharapkan
dapat mengenal pasti pemboleh ubah yang bergerak balas, pemboleh ubah yang
dimanipulasikan, dan pemboleh ubah yang dimalarkan.


Menganalisis dan menginterpretasi data. Penyiasatan saintifik menghasilkan data yang perlu
dianalisis supaya membawa maksud. Memandangkan pola data bukannya selalu jelas, saintis
menggunakan pelbagai alat/kaedah seperti penjadualan, interpretasi grafik, visualisasi, dan
analisis statistik untuk mengenal pasti ciri-ciri penting dan pola dalam data.


Membina penjelasan. Matlamat sains adalah untuk membina penjelasan bagi penyebab suatu
fenomena. Murid dijangka dapat menggunakan bukti untuk membina penjelasan.


Ringkasan aktiviti


Dalam aktiviti ini, peserta akan melibatkan diri dalam penyiasatan menggunakan
protokol/kaedah ekperimen. Peserta akan menyatakan masalah, membina hipotesis, mengenal
pasti pemboleh ubah, merangka langkah-langkah eksperimen, mengumpul data,
menginterpretasi dan mengkomunikasikan data serta membuat kesimpulan.


Objektif aktiviti


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Mengalami proses menjalankan eksperimen.

  2. Menyedari dalam sesuatu bilik darjah inkuiri, kumpulan murid yang berbeza boleh
    menjalankan eksperimen untuk menjawab soalan yang berbeza bagi satu tajuk yang
    sama.


Senarai alat dan bahan


Aktiviti 1
 Tali – berbagai jenis dan berbagai ketebalan
 Bandul / pemberat
 Plastisin
 Pembaris meter
 Protraktor


Aktiviti 2
 Sudu plastik
 Plastisin
 Kayu aiskrim
 Lidi sate
 Pita salofan

Free download pdf