90
Projek Interdisiplin 1: Sejarah, Sains dan Teknologi
Norhaslinda Abdul Samad, Fathiyah Dahlan, Nor Azlina Ghazali,
Salbiah Mohamad Hasim, Suraya Mohamed Sabri dan Suziela Md Tahir
Pengenalan
Archimedes and his bathtub, Newton and the apple, Pasteur and the child saved
from rabies... The majority of us remember the anecdotes that have occurred in
the course of science. When the history of science is invited into the classroom, it is
often in a reduced format, relayed by the biographies of illustrious savants taken
from numerous scholarly manuals. Otherwise, the school leaves little space for the
subject of the history of science: the discoveries and the laws which describe the
world are generally presented as completed works autonomous and almost eternal,
but the roads that led to this achievement are too often neglected. (de Hosson &
Jasmin, 2009, p. XIX)
Berpandukan petikan di atas, cuba renungi apakah yang ingin disampaikan oleh penulis.
Bagaimanakah persembahan sub-topik yang berkaitan dengan sejarah sains dalam buku teks?
Bagaimanakah anda mengajar subtopik yang berkaitan dengan sejarah dalam sains (seperti
sejarah perkembangan model atom)?
Sejarah perkembangan sains dan teknologi telah membuktikan bahawa majoriti dalam
kalangan ahli sejarah dan sains Barat serta sarjana Islam yakin dan percaya bahawa ahli sains
masa kini bergantung kepada sumbangan ahli sains terdahulu. Ahli sains terdahulu terdiri
daripada warga sains Greek dan Islam apabila mereka membina ilmu pengetahuan bagi
kemajuan ketamadunan. Pengenalan kepada sejarah sains oleh Sejarawan Barat telah cuba
menyampaikan serba sedikit tentang kualiti dan kuantiti sumbangan Islam dalam bidang ilmu
sains dan teknologi. Sains dan teknologi Islam telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
semua bidang sains, daripada astronomi, sains hayat dan ilmu senibina pada zaman
perkembangan Islam dalam tempoh lebih kurang antara abad ke-7 Masihi hingga ke-16 Masihi
(Azhar, 2013).
Salah seorang ilmuan Islam yang masyhur dalam bidang sains dan teknologi ialah Bad-al-
Zamân b. Ismâ'l al Jazarî. Beliau juga dikenali sebagai Al-Jazari, dianggap sebagai jurutera
Arab yang paling terkenal dan inovatif. Beliau dilahirkan pada pertengahan abad XII dan
tinggal di wilayah Al-Jazîra, yang terletak di antara Sungai Tigris dan Efrat. Pada tahun 1174,
beliau mula berkhidmat di bawah kerajaan Putera Banû Artaq yang memerintah wilayah
Diyarbakir, yang kini merupakan selatan Turki. Beliau telah dilantik sebagai ketua jurutera atas
kemahiran dan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaannya. Dengan sokongan pemerintah
yang berkuasa, beliau telah menjalankan penyelidikan dan penciptaan hebatnya dalam bidang
mekanikal. Antara penciptaannya adalah jam air, teknologi air pancut dan mesin mengangkat
air (Al-Hasani & Abattouy, 2009).
Tiga prinsip yang mendominasi mekanikal dalam tradisi Arab: teori mekanikal atau statik,
kajian hidrostatik dan graviti spesifik, dan sains mesin yang merupakan disiplin dan kajian
bagaimana mesin berfungsi. Dalam bahasa Arab ia disebut 'ilm al-hiyal, yang bermaksud "sains
proses kejuruteraan". Ia merupakan pemahaman terhadap pembinaan dan perihalan mesin serta
justifikasi terhadap aplikasinya seperti mengangkat objek berat, mengepam air dari sungai dan
telaga, untuk membina dan membuat jam kerja, automasi dan mesin pintar lain (Al-Hasani &