IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
124

Teaching Science as Inquiry and Developing 21st Century Skills


Lay Ah Nam, Akmar Abd Rashid, Faridah Sa'ad, Suriana Buang dan
Mohammad Shahril-Lizan Azahan

Pengenalan


Kemunculan era maklumat yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah
mentransformasi ekonomi dunia dari ekonomi berasaskan pembuatan kepada k-ekonomi.
Perkembangan TMK turut mempercepatkan globalisasi dan mentransfomasikan cara bekerja.
Dalam era globalisasi, seseorang perlu mengaplikasikan TMK dengan berkesan untuk
berkongsi pengetahuan dan maklumat, berkomunikasi, berkolaboratif dan bekerja sepasukan
dengan pakar pelbagai bidang, rakan sejawat dan pelanggan dari seluruh dunia bagi
mempergiatkan inovasi pengetahuan, produk dan perkhidmatan. Impak perkembangan pesat
TMK telah menuntut agar pelajar mempelajari ilmu dan kemahiran baharu yang diperlukan
dalam pasaran pekerjaan abad ke-21. Malaysia amat bergantung kepada modal insan yang
berpengetahuan sains dan berkemahiran abad ke-21 bagi menggerakkan transformasi ekonomi
negara dan melonjak Malaysia kepada sebuah negara inovasi. Oleh itu, pelajar Malaysia perlu
menguasai pengetahuan sains dan kemahiran abad ke-21.


Apabila anda dengar mengenai “kemahiran abad ke-21”, apakah yang terlintas dalam fikiran
anda? Apakah kemahiran abad ke-21 yang perlu dipelajari di sekolah?


Menurut CEO Forum on Education & Technology (2001), kemahiran abad ke-21 ialah set
kemahiran baharu yang diperlukan bagi menyediakan pelajar untuk hidup dan bekerja di era
digital. Terdapat banyak kajian dan projek telah dilaksanakan untuk mengenal pasti kemahiran
abad ke-21 yang perlu dikuasai oleh pelajar.


Model-model kemahiran abad ke-21


a. Kemahiran abad ke-21 enGauge


NCREL dan Metiri Group (2003) telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang dikenali
sebagai kemahiran abad ke-21 enGauge seperti dalam Rajah 11.1. Kemahiran abad ke-21
enGauge terdiri daripada empat kelompok kemahiran abad ke-21. Setiap kelompok kemahiran
mengandungi sub-kemahiran yang memberikan panduan mengenai pencapaian yang perlu
dicapai oleh pelajar seperti dalam Jadual 11.1. Bagi NCREL dan Metiri Group (2003),
kemahiran abad ke-21 enGauge adalah hasil pembelajaran abad ke-21.

Free download pdf