146
Aras Inkuiri Terbimbing
Soalan:
Adakah suhu persekitaran mempengaruhi kadar respirasi yis?
Bahan-bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan anda:
- Serbuk yis
- Serbuk glukosa
- Air suling
- Spatula
- Termometer
- Penunu Bunsen
- Kiub Ais
- Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang
- Salur penghantar dan tiub getah
- Selinder penyukat 100 ml
- Picagari 250 ml
- Kaki retort
- Balang kaca
- Jam randik
Aras Inkuiri Terbuka
Dalam musim sejuk di London, Alice hadapi masalah kerana mesin pemanas rumahnya telah
rosak. Dia sering berasa lapar jika tiba musim sejuk. Alice bercadang untuk membuat roti pau
kukus. Dia mengikut langkah-langkah dan resepi yang ditonton di internet. Walau bagaimana
pun, setelah membiarkan paunya naik selepas setengah jam ramuan doh dibancuh dan diperap di
dalam mangkuk adunan, saiz paunya tetap sama dan tidak mengganda dua sebagaimana yang
ditontonnya di internet.
Dengan berpandukan bahan-bahan yang disediakan berikut, rancang satu penyiasatan untuk
membantu menyelesaikan masalah Alice.
Bahan-bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan anda:
- Serbuk yis
- Serbuk glukosa
- Air suling
- Spatula
- Termometer
- Penunu Bunsen
- Kiub Ais
- Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang
- Salur penghantar dan tiub getah
- Selinder penyukat 100 ml
11. Picagari 250 ml
12. Kaki retort
13. Balang kaca
14. Jam randik