SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

5


BAB 2 Kepentingan Serangga Hutan


Manfaat Serangga Hutan


Peranan serangga adalah sangat penting sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Tanpa kewujudan serangga, keseimbangan ekosistem
kehidupan akan diganggu. Mereka adalah kelompok penghuni terbesar di
muka bumi ini kerana mereka wujud di pelbagai keadaan dan hampir di
semua tempat di permukaan bumi. Proses pendebungaan adalah mustahil
tanpa bantuan daripada serangga kerana sebilangan serangga merupakan
agen pendebungaan yang terbaik secara semulajadi. Contoh agen yang
dimaksudkan adalah kumpulan lebah, lalat seperti lalat bunga dari famili
Syrphidae, kupu-kupu dan rama-rama. Di samping mempunyai peranan
sebagai agen pendebungaan, serangga berperanan sebagai agen pengurai.
Peranan mereka membantu membentuk dan menambah baik profil
lapisan tanah lantai hutan agar menjadi lebih subur. Lapisan tanah yang
baik (tanah kompos) dibawa naik oleh serangga seperti anai-anai ke
permukaan tanah. Serangga yang berperanan sedemikian adalah daripada
kelompok anai-anai, kumbang dan semut. Semut tanah juga merupakan
agen pengurai yang menguraikan bahan-bahan organik supaya hasil
huraian dapat diguna oleh tumbuh-tumbuhan.


Lebah madu, Apis cerana.
Free download pdf