SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

BAB 3 Kepelbagaian Serangga Utama


Kupu-kupu


Kupu-kupu merupakan kumpulan serangga yang paling menarik kerana
warna dan corak pada sayapnya yang cantik dan unik. Tempoh aktif kupu-
kupu mencari makanan adalah pada waktu pagi sehingga lewat tengahari.
Kebiasaannya, mereka seringkali dilihat menikmati ‘juadah’ madu atau
dikenali sebagai nektar pada bunga, seperti bunga Ixora.


Kupu-kupu adalah serangga yang diklasifikasikan dalam order
Lepidoptera dan aktif pada waktu siang. Perkataan Lepidoptera berasal
dari bahasa Greek yang membawa maksud sayap bersisik. Sayap pada
kupu-kupu mempunyai sisik berwarna-warni menyebabkan ia kelihatan
cantik dan unik. Kupu-kupu dan rama-rama selalu menimbulkan
kekeliruan dalam kalangan kita. Kupu-kupu mempunyai ciri-ciri yang
berbeza dengan rama-rama. Dalam keadaan rehat, kupu-kupu menutup
sayapnya secara menegak. Ia mempunyai antena yang panjang dan
bentuk tombol pada hujung antena. Kupu-kupu umum di kawasan hutan
hujan tropika mempunyai enam famili iaitu Papilionidae, Nymphalidae,
Pieridae, Riodinidae, Lycaenidae dan Hesperiidae. Kebiasaannya, saiz
kupu-kupu betina lebih besar berbanding dengan kupu-kupu jantan.


Kumpulan serangga yang boleh membuat penerbangan adalah penting
sebagai agen pendebungaan kepada tanaman berbunga. Walau
bagaimanapun, mereka merupakan serangga perosak apabila berada di
peringkat larva.


Kupu-kupu dapat diperhatikan berterbangan dengan pelbagai gaya dan
corak yang menarik di kebanyakan tempat. Kadangkala, mereka kelihatan
seperti burung yang terbang, contohnya, Kupu-kupu Bersayap Burung
Keemasan ( Golden Birdwing ). Antara kupu-kupu yang sering dilihat dalam

Free download pdf