SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Dari segi bilangan spesies, rama-rama adalah sepuluh kali ganda lebih
banyak berbanding kupu-kupu. Berbeza dengan kupu-kupu, rama-rama
membuka sayapnya secara melintang apabila mereka berada dalam
keadaan rehat. Rama-rama mempunyai abdomen yang lebih besar
daripada kupu-kupu. Antena mereka adalah lebih kompleks dan
mempunyai pelbagai bentuk seperti sikat, lurus, berbulu dan tidak
berbentuk tombol di hujung antena. Dari segi kitaran hidup pula, mereka
melalui fasa yang sama seperti kupu-kupu. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa kumpulan rama-rama seperti rama-rama dari famili
Psychidae yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menjadi dewasa.


Kebanyakan larva atau ulat rama-rama merupakan perosak tumbuhan
pokok. Pokok komersial seperti Talisai Paya ( Terminalia copelandii )
lazimnya menerima serangan dalam kumpulan yang besar daripada ulat
rama-rama Lebeda intermedia. Terdapat juga rama-rama daripada famili
Hepialidae, Endoclita hosei dan rama-rama perosak kopi, Zeuzera conferta
yang membuat lubang pada pokok, seperti Pokok Kayu Putih ( Eucalyptus
deglupta
) dan Kayu Jati ( Tectona grandis ) untuk mengambil isi kayu
sebagai sumber makanan. Walaupun ini tidak membawa kesan yang
serius kepada pokok yang sudah matang, ia tetap memberi kesan buruk
kepada pokok yang belum matang kerana membantutkan tumbesarannya.
Namun, rama-rama juga merupakan sumber makanan bagi haiwan seperti
burung, kelawar dan serangga pemangsa seperti mentadak.


Ulat-ulat instar awal Lebeda intermedia.
Free download pdf