Semut Gila ( Crazy Ant ),
Paratrechina longicornis dan
Anoplolepis gracilipes
Semut ini mudah ditemui di pinggir hutan atau di dapur rumah semasa
mereka mencari makanan. Bagi spesies Paratrechina longicornis, ia
berwarna hitam keseluruhannya dan tidak berbahaya kepada manusia.
Mereka akan bersurai dan melarikan diri dengan pantas tanpa arah yang
tertentu apabila diganggu. Kelakuan ini menyebabkan mereka diberi nama
sebagai semut gila. Manakala spesies Anoplolepis gracilipes yang
berkongsi nama gelaran yang sama mempunyai warna yang berbeza.
Spesies ini berwarna kuning keperangan dan biasanya ditemui di kawasan
kebun, ladang koko dan juga sering kelihatan di pinggir hutan. Apa yang
menarik dengan spesies ini, ia membantu dalam mengawal serangga
perosak di ladang koko. Ia mengambil telur kumbang perosak tanaman
koko, iaitu Pantorhytes szentivanyi (Coleoptera: Curculionidae) sebagai
makanan.
Semut Gila Hitam,
Paratrechina
longicornis.