vii
kepelbagaian serangga yang luar biasa di Borneo, bukan hanya dalam
jumlah spesies dan kelimpahan, tetapi juga dari segi saiz, warna, corak
dan tingkah laku. Penghargaan tulus saya sampaikan kepada para
pengarang (Razy Bin Japir, Dg. Fazrinah Ag. Damit dan Dr. Arthur Y.C.
Chung) kerana mendokumentasikan serangga-serangga hutan di
Sabah. Penerbitan buku ini dibiayai oleh Inisiatif HoB Sabah dengan
peruntukan dari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Malaysia.
Saya percaya bahawa buku ini akan menjadi panduan untuk pelajar,
guru, penyelidik, pencinta alam, jurugambar dan pelancong. Ia tidak
hanya memperlihatkan kepelbagaian serangga di Sabah tetapi juga
penting dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat di
Sabah mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Sekali lagi,
saya mengucapkan tahniah kepada para penulis atas masa dan usaha
mereka dalam menghasilkan penerbitan sebegini, yang secara tidak
langsung mempromosikan kepelbagaian biodiversiti di Borneo.
Frederick Kugan
Ketua Konservator Hutan
Jabatan Perhutanan Sabah