Minggu 6
Di dalam kelas 4 Bijaksana, hanya
terdapat beberapa orang murid yang
hiperaktif. Manakala, di dalam kelas 4
Bestari, murid-murid lelaki yang lemah
dan merupakan calon PPKI
dikumpulkan di bahagian tengah kelas.
Kebanyakan mereka agak hiperaktif,
Tajuk Jurnal:
Kawalan Murid Lemah & Hiperaktif
tetapi terdapat tiga orang murid yang terlalu hiperaktif. Mereka ini memang terkenal
dengan kenakalan masing-masing. Saya juga pernah melihat mereka ditegur, dimarahi
dan didenda oleh guru-guru lain. Semasa saya sedang mengajar di dalam kelas,
kadangkala mereka akan berjalan-jalan, bermain di belakang kelas atau bahkan pernah
membaling-baling barang. Walaupun sudah ditegur, mereka masih mengulanginya.
Menurut Siti Noridayu Abd. Nasir et al. (2022), antara sikap murid hiperaktif adalah
sering mengganggu rakan sekelas, tidak mahu diuruskan, bersikap ego, kerap
meninggalkan tempat duduk semasa proses pembelajaran, hanya berminat melakukan
tugas yang disukai sahaja, bersikap malas, dan manja. Ciri-ciri ini ada pada mereka.
Sejujurnya, saya pernah melihat murid yang nakal, tetapi mereka ini ialah yang paling
nakal pernah saya temui. Pada minggu-minggu awal dahulu, mereka masih boleh dikawal,
tetapi sejak dua minggu terakhir ini, mereka semakin berani dan sukar dikawal. Saya
berasa kasihan pada rakan sekelas mereka yang lain kerana ia mengganggu fokus
mereka untuk belajar. Oleh sebab itu, saya memutuskan untuk memberi perhatian yang
lebih kepada murid lemah dan hiperaktif ini. Saya ada meminta nasihat daripada guru
pembimbing saya yang mengajar mereka. Beliau berkata bahawa beliau memberikan
latihan pemulihan untuk mereka dan memastikan mereka sentiasa sibuk menulis.
Punca murid menjadi hiperaktif adalah kurangnya disiplin ketika di rumah atau
kurang perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja. Murid-murid ini menghadapi tekanan
dan seterusnya memberontak serta membawa tingkah laku bermasalah tersebut ke
sekolah (Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., 2016).
Berdasarkan analisis yang telah saya buat terhadap isu murid lemah dan hiperaktif
ini, saya telah menemukan beberapa cadangan penyelesaian, antaranya adalah:
Membuat perjanjian dengan mereka. 12
Oleh: Amira Sariyati