PERNYATAAN PROFESIONAL
Dalam sekelip mata, 10 minggu tempoh saya menjalankan praktikum di
Sekolah Kebangsaan St John, Tuaran berlalu begitu sahaja. Semua
kenangan yang tercipta menjadi satu memori yang sangat berharga.
Bermula dari minggu pertama, sesi suai kenal dan beramah mesra
dengan guru-guru serta murid sekolah, sehinggalah majlis perpisahan
bersama semua guru-guru yang dirindui. Banyak saat-saat yang tidak
akan dilupakan. Suka dan duka, penat dan lelah, nangis dan tawa
menjadi pedoman kepada saya untuk terus memperbaiki demi menjadi
guru yang berjiwa pendidik di masa akan datang. Disamping mengajar,
saya juga banyak belajar, bukan sahaja daripada guru-guru, bahkan
murid-murid juga secara tidak langsung banyak mengajar diri ini untuk
menjadi seorang pendidik.
Tidak akan dilupakan, semua program-program yang saya telah
sertai sepanjang menjalani praktikum fasa 1 ini. Di sekolah, saya dapat
mengasah kemahiran dari segi pengurusan melalui penganjuran
program seperti Hari Sukan Sekolah, Hari Sukan Negara dan yang
paling memberi impak kepada saya adalah program Hari Kanak-Kanak
Sedunia dan Sambutan STEM. Program-program tersebut banyak
mengajar saya dari segi pengurusan masa, kerjasama dengan ahli
jawatan yang lain, juga tanggungjawab setiap ahli yang perlu dipikul
dengan sebaik mungkin. Sepanjang praktikum juga saya telh
melibatkan diri dalam beberapa program IPG di luar negeri seperti
Pertandingan Robotik Kebangsaan di Cyberjaya dan Hari Sukarelawan
Madani di Negeri Sembilan. Walaupun memenatkan, ia merupakan satu
nilai tambah bagi diri saya untuk melatih ketekalan diri ini.
Bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing memainkan
peranan kritikal dalam pembangunan profesional saya. Mereka banyak
membantu dari segi penggunaan teori pembelajaran dan juga kaedah
kawalan kelas yang berkesan. Kesimpulannya, praktikum tidak harus
dilihat sebagai satu subjek atau keperluan akademik sahaja, tetapi ia
merupakan satu pengalaman yang sangat memberi kesan kepada
masa hadapan saya sebagai bakal guru. 34