PERNYATAAN PROFESIONALPERNYATAAN PROFESIONAL
Sepanjang menjalani praktikum selama 10 minggu di Sekolah Kebangsaan
Berungis Tuaran, saya berpeluang menimba pengalaman yang amat berharga
dan memperkukuhkan kefahaman saya tentang dunia pendidikan sebenar.
Interaksi yang harmoni dengan pihak pentadbir, guru-guru, dan murid-murid
telah mencipta suasana kerja yang positif, memudahkan proses adaptasi, dan
memberi motivasi untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang
pendidik. Meskipun berhadapan dengan pelbagai ragam murid, pengalaman ini
mengajar saya untuk bersikap lebih fleksibel dan memahami keperluan murid
dengan pendekatan yang lebih empati. Setiap cabaran yang dihadapi bukan
sahaja mendewasakan saya sebagai seorang guru, malah memberikan
kenangan manis yang akan terus dikenang.
Bimbingan daripada guru pembimbing serta pensyarah pembimbing,
merupakan elemen penting dalam memperkukuhkan kemahiran pengajaran saya.
Panduan yang diberikan meliputi strategi PdP kreatif, penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) interaktif, serta pendekatan inovatif yang memberi impak besar
terhadap keberkesanan penyampaian ilmu kepada murid. Teguran dan
cadangan mereka menjadi landasan penting dalam menilai kekuatan serta
mengenalpasti aspek yang perlu diperbaiki. Di samping itu, proses penyediaan
dokumentasi seperti refleksi, laporan, dan rekod PBD memberikan peluang untuk
menilai perkembangan diri secara objektif, sekaligus membantu saya merancang
kaedah pengajaran yang lebih sistematik dan berfokus untuk masa hadapan.
Praktikum ini telah memberikan saya asas yang kukuh dalam membentuk
identiti sebagai seorang pendidik yang berkesan. Peluang untuk belajar
daripada pengalaman sebenar dan bimbingan yang diterima telah membuka
jalan untuk saya meningkatkan profesionalisme serta membangun pendekatan
PdP yang lebih bermakna dan berimpak. Saya percaya ilmu dan pengalaman
yang diperoleh akan menjadi panduan untuk memberikan yang terbaik kepada
murid-murid serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan yang
berkualiti. Saya bertekad untuk terus menambah baik diri dan memenuhi
tanggungjawab sebagai seorang guru yang berdedikasi demi masa depan
generasi akan datang.
36