Rancangan Pengajaran Harian (Praktikum 1)
PEMULIHAN
(murid perlu
perhatian)
AKTIVITI
Putri Nur Syafiqa Binti Azizan
Latihan “One 2 One” akan diberikan dan sesi temujanji
ditetapkan pada hari Khamis jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi.
REFLEKSI
Secara keseluruhan, murid berjaya untuk mencapai objektif pada hari tersebut iaitu
menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga nilai wang dengan dan hasil tambahnya
hingga RM100 000 dengan bimbingan guru. Pengurusan masa pelaksanaan PdPC juga sangat
baik di mana semua perancangan aktiviti dapat dijalankan.
Teknik Kad Wang Gergasi sangat membantu murid terutamanya membimbing murid
untuk meletakkan nombor pada nilai tempat yang betul dan mengurangkan kesilapan
semasa penambahan wang. Murid dapat mengenal pasti nilai setiap digit dan
mengurangkan kekeliruan apabila membuat penambahan. Teknik ini bukan sahaja
meningkatkan ketepatan tetapi juga keyakinan murid dalam mengira wang, kerana mereka
dapat memeriksa jawapan dengan lebih mudah.
Kelemahan yang saya perhatikan adalah kurang bahan bantu mengajar disediakan di
mana guru hanya menyediakan dua kad wang gergasi sahaja dan menyebabkan beberapa
murid tidak dapat menulis bersama-sama tetapi hanya dapat melihat dan menolong untuk
mengira sahaja. Cadangan penambahbaikan adalah menambah bahan iaitu sebanyak satu
kad setiap kumpulan agar penglibatan murid lebih meningkat.
TINDAKAN
SUSULAN
(^41) SITTI NURSYAFIQAH BINTI ABU BAKAR ( 01123041325 )