Pengajaran kali ini menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kaedah visual dan pendekatan langkah demi
langkah untuk meningkatkan pemahaman konsep matematik yang kompleks seperti ini. Namun, saya
menyedari bahawa beberapa murid memerlukan lebih banyak latihan dan pengulangan bagi betul-betul
memahami teknik "Potong dan Pisah," terutamanya yang melibatkan perpindahan minit ke jam. Justeru, teknik
ini perlu dikuatkan lagi dengan latihan tambahan agar murid lebih yakin dan mahir.
Sebagai penambahbaikan, saya bercadang untuk menyediakan latihan tambahan yang memfokuskan
kepada tahap kesukaran yang berbeza, bagi memastikan setiap murid mempunyai kefahaman yang mantap
terhadap teknik ini. Saya juga akan menambah soalan-soalan aplikasi yang memerlukan mereka
menggunakan teknik "Potong dan Pisah" secara berulang dalam situasi berbeza. Selain itu, saya boleh
mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak bahan bantu mengajar visual untuk memperkukuh
pemahaman dan daya ingatan murid terhadap konsep tambah masa.
PEMULIHAN
(murid perlu perhatian)
⚫
TINDAKAN
SUSULAN Latihan “One 2 One” akan diberikan dan sesi temujanji ditetapkan
AKTIVITI (^) pada hari Selasa jam 9:20 pagi hingga 9:50 pagi.
Khairul
⚫ Rafiq
Rancangan Pengajaran Harian (Praktikum 1)
5
(^49) NURUL MAISARA BINTI ZAINAL ABIDIN ( 0102863490 )