KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

melihat anak-anak Hamizah hanya diuruskan pembantu rumah. Pembantu


rumah Hamizah pula sering bertukar ganti. Ingin saja rasanya Sakinah


menolong menguruskan anak-anak Hamizah. Hamizah adalah kawan baiknya.


Anak-anak Hamizah dirasakan seperti anaknya sendiri. Tapi apa kan daya.


Jarak tempat tinggal yang jauh menghalang hasratnya.


“Kinah, kali ini, aku pula mengucapkan tahniah pada kau, anak kau pula


mendapat biasiswa ke luar negara. Tahniah Kinah. Sudah kukata, rezeki kita


lain-lain jalannya. Walaupun kau tak habis sekolah, lihat didikan kau pada


anak-anak. Semua anak kau dah berjaya,” ujar Hamizah di hujung talian


telefon.


“Terima kasih Mizah, nasihat kau pada aku selama ini aku simpan elok-elok.


Meskipun pelajaranku terkandas, aku menanam cita-cita yang amat tinggi


terhadap anak-anakku. Biarlah anak-anakku menyambung cita-citaku. Allah...”


Sakinah mengalirkan air mata gembira. Kesemua anaknya berjaya dalam


pelajaran. Semua anaknya menyambung dalam pelbagai bidang. Doktor,


jurutera dan bidang agama. Sakinah amat bersyukur.


“Betul sangat Kinah. Sekarang ni aku pula tengah struggle dengan anak-anak


aku. Dua orang anakku tak mahu bersekolah. Cara lembut. Cara keras. Semua


aku dah cuba. Anak-anakku tak mahu sekolah! Cuba kau bayang perasaan


aku Kinah.” Hamizah meluahkan perasaan. Hamizah kesal kerana


kesibukannya berkerjaya, dia lupa menanam minat belajar pada diri anaknya.


Hamizah terlalu sibuk dengan kerja. Hingga ada hari-hari dia langsung tak


melihat wajah anaknya. Sekarang, anaknya telah menjadi ujian berat dalam


dirinya. Suaminya pun sama. Asyik sibuk dengan urusan ladang. Akhirnya


anak-anak terbiar. Cukup harta. Cukup makanan. Tetapi kurang perhatian.


Kurang kasih sayang.


“Miza, itu bukan pengakhirannya. Masih banyak peluang untuk anak-anak kau.


Mungkin bakat mereka lain. Minat mereka lain. Cuba kau selidiki...” pujuk


Sakinah. Hamizah berduit. Dia boleh beri anak-anak dia apa-apa bidang


pelajaran yang mereka mahu dan di mana sahaja. “Puas dah aku pujuk anak-


anak aku, Kinah. Mereka hanya sibuk dengan gajet... game...game...game...”


Hamizah mengadu. Buntu.

Free download pdf