KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Kota Bandung kami jajahi. Sedar tak sedar hari ini adalah lawatan terakhir


program pengantarabangsaan ke Bandung di Kota Bandung ini. Esoknya


kami akan ke Jakarta. Sepertimana pembentangan dan perkongsian dua hari


sebelum ini, begitu jugalah pembentangan di Institusi ini hari ini. Semuanya


berjalan lancar. Sambutannya hangat. Warganya menyenangkan. “ Terima


kasih bu Ustazah. Semoga kita ada kesempatan bertemu lagi” Ujar Prof Afril. “


Ya Pak Afril, semoga kita ketemu kembali’ Balasku ringkas. Institusi itu aku


tinggalkan dengan senyuman dan raga yang tenang. “Alhamdulillah, program


ini lancar Ya Allah. Terima kasih Ya Allah” Doaku di dalam hati.


“Selamat datang bu” “Ya boleh” “Ya singgah” “Murah-murah” Peniaga di


Pasar Baru menyapa lembut semua yang lalu dihadapan kedainya. “Ibu. Ibu


kan yang datang 4 hari lalu” Ungkap seorang penjual sambil mengekori


rombongan kami. “Oh kamu. Yang bilangnya sudah 4 tahun menunggu ibu”


Dia pun ketawa. Anak muda yang awalnya mengekori kami dan merapati


kami di hari pertama ketibaan kami. Akhirnya kami bersembang seperti sudah


lama kenal. Walaupun mengenalinya beberapa hari lalu.


“Engkau bagai air yang jernih, di dalam bekas yang berdebu” seorang


pengamen menyanyi di hadapan kumpulan kami. Sambil menghulurkan


bekas. Kota Bandung mengajar aku hidup ini keras. Jangan meminta.


Semuanya perlu berusaha. Sesusah apa pun pastinya ada cara mereka


mendapatkan wang recehan demi meneruskan kelangsungan hidup dan perut


untuk di isi. Bezanya 8 tahun lalu, saat kunjungan aku kali pertama ke sini,


pengamennya begitu mendesak jika setelah menyanyi tidak diberikan wang.


Tapi kali ini, mereka memahami apabila kita mengangkat tangan dan di


letakkan ke dada maksudnya terima kasih. Maksudnya tidak. Tiada paksaan


mereka.


Esoknya kami ke Jakarta. Pasti Mangga Besar tumpuan kami. Sediakan


sahaja wangnya. Semuanya ada di sana. Malam itu kami berkemas kerana


esoknya sesudah sarapan di hotel kami bergerak menuju Jakarta.


“Usatazah beli apa” Dr Khalisah menyapaku. “Tak ada duit dah Dr. Habis di


Bandung dah” Aku menjawab sambil ketawa kecil. Dr Khalisah tersenyum.


“Ustazah Syahidah beli apa. Tadi dengar dalam bas kat dah taubat” Dr


Khalisah mengusik Ustazah Syahidah. Kami ketawa. “ Ni mana Dr.Bee. Mesti


banyak dibelinya” Dr. Khalisah mengusik lagi. Kami ketawa lagi. Mangga


Besar kami tinggalkan dengan beberapa buah tangan yang dibeli untuk di


bawa pulang hadiah kepada keluarga masing-masing dan kawan-kawan.

Free download pdf