Dr. Effendy Bin Yusuff
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
Bahasa kita sama
Bunyinya seakan serupa
Nadanya dimain sekata
Namun...
Ditafsir dengan berbeza
Diterjemah pelbagai perkara
Interpretasi cara yang beraneka
Kau bicara soal itu
Aku sapa begini
Dia dengar lalu menyimpul sedemikian rupa
Menanggapinya beribu-ribu makna
Menghadamnya perlu dengan bijaksana
Kau maksud sebegitu
Ku maknai sebegini
Ini dunia kita
Melihat dari kaca mata berbeza
Namun nawaitu yang sama
Tutur kita walau nampak seakan sama
Mencari cahaya dalam gelita
Mewarnai terang dalam kelam
Walau sukar dimengerti
Ku serah segalanya
Pada yang Esa