KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Suzana Binti Fadzil
JABATAN PENGAJIAN SAINS SOSIAL


Liku-liku kehidupan yang panjang 


Langkah kita adalah penentu


Menuju garisan ke pintu yang satu 


Jejak langkah bijak


Usah terburu dalam bertindak


Renungkan dahulu setiap jejak


Langit dijunjung, bumi dipijak


Dihiasi manisnya akhlak akalnya bijak 


Sentiasa Jujur hati yang luhur 


Adalah harta yang paling hebat


Siangnya terik malamnya gelap


Cahaya kejujuran penyuluh jiwa yang sesat 


Sambutlah jejari ibu dan guru


Kita belajar makna 


hidup ini indah


Hargai alam menunduk hormat 


Agar hidup menjadi nikmat


Bacalah!!!


Kerana ilmu adalah bekal 


Peneman jiwa yang kental


Jasmani yang cekal


Rohani yang bertawakal


Mawaddah, Rahmah minda istiqamah


Disebalik ujian adanya hikmah 


Genggamlah siddiq, amanah, tabligh, fatonah


Berdiri teguh di bawah pohon kita berteduh


Menyimpul kukuh tali tiang tiada roboh

Free download pdf