KENT 19/24 (Kerana Engkau Nukilan Tertulis)
Wahai Kent yang tercinta,
Di hari ini di saat ini,
Ku berdiri dengan penuh kata,
Yang selama ini terpendam di hati.
Ingin ku luahkan segalanya,
Segala memori jua cerita,
Yang telah tercipta di tanah ini,
Tanah Kent yang telah mendidik diri.
Tidak ku nafikan jiwa ini,
Sering terpaut beratus kali,
Hingga akhirnya terbawa ke mimpi,
Sedang keindahannya masih belum pasti.
Dan Tidak ku nafikan juga jiwa ini,
Sering terganggu dek tekanan jiwa,
Angkara cinta juga cita-cita,
Hingga membuat semangat bagaikan hilang
Namun kini ku sedari,
Segala itu semuanya pengajaran,
Untuk diri ini faham dan menyedari,
Tiadalah kesakitan diri ini melainkan ujian
Pengakhir kalam bicara ini,
Terima kasih untuk segalanya,
Doa dipanjatkan untuk semuanya,
Moga jasa dibalas tidak terhingga
2024 tarikh keramat,
Tanda saatnya akan tamat,
Kini akan dipisahkan tempat,
Hingga yang tinggal hanyalah memori yang tersemat.
T u a n A h m a d H a m i z a n b i n T u a n A r i f
P I S M P P A I S K A m b i l a n J u n 2 0 2 0 / 2 0 2 4