Keluh Kesah Semalam..
Gelisah Penuh Resah
Merasa Kehidupan Berakhir
Yang Bernoktah Pilu, Rasa Luka Di Hati
Hilang Rasa Pedoman
Yang Mula Menyalahkan TakdirNYA
Jiwa Dihentam Gelora
Emosi Bergelojak Amarah
Benci Lagi Dendam Kesumat
Hanya Kerana Hati Terluka
Rasa Dikecewakan
Oleh Insan Bergelar Manusiawi
Bukankah Diberi Pesan
Dalam Kalam Suci NYA Sarat Ibrah
Tiada Pergantungan Selain Allah
DIA Yang Mengenggam Hati Manusia
Kenapa Harus Kecewa...
Sehingga Harapan Lebih Pada Dunia
Sungguh Penuh Tipu Daya
Manusia Bertopeng Iblis
Itu Yang Engkau Pilih Sebagai Sandaran
Begitulah...
Bila Diri Tidak Bersandar Pada Sang KhaliqNYA
SANDARAN HATI
nukilan daripada :
Siti Khadizah Binti Kaimin
Japim_Okt 2024