Anak-anak main ketinting,
Main ketinting jangan kidab;
Apalah guna ke menara gading,
Jika hidup tidak beradab.
Tumbuh ikut resmi padi,
Semakin berisi semakin menunduk;
Jangan ikut nafsu diri,
Semakin berharta semakin menunjuk.
Sirap limau biji selasih,
Dihidang bersama sekeping tausa;
Wejangan umi jangan disisih,
Jika mahu hidup sentosa.
Terbang tinggi membelah awan,
Akhirnya jatuh tertanam diri;
Hati-hati memilih kawan,
Silap pilih merana diri.
NUKILAN,
DINA EMYLIA BINTI ZAINUDIN
PISMP BM SK AMBILAN JUN 2021