“Prestasi Alif semakin teruk sekarang”, rungut Cikgu
Siti kepadaku usai sesi PdP beliau.
“Tadi tak sampai 10 minit kak Siti mengajar dia dah
terlena”, sambungnya lagi.
“Masa kelas Mira dia macam tu juga ke?” soalnya pula
kepadaku.
Nampaknya prestasi Alif dah menjadi satu isu yang
kerap diperkatakan oleh para guru yang mengajar
tingkatan 5 Amanah. Alif kurang fokus dan kerap kali
mengantuk adalah isu yang merisaukan para guru
menjelang SPM yang akan menjelang tiba tak lama
lagi.
“Macamana keadaan dia di asrama?” soal cikgu Ishak
kepada salah seorang rakan Alif.
“Dia dah mohon tinggal di luar cikgu, dah 2 bulan dia
ulang alik”. Tambahnya lagi.
Kenyataan ini semakin merisaukan kami kerana tiada
yang boleh memantau perkembangan pelajaran Alif
jika berada di rumah. Kami bersangka baik yang
kemungkinan Alif perlu menghadiri kelas-kelas
tuisyen. Jadi lebih mudah sekiranya dia tinggal di
rumah sahaja.
“GURU BUKAN PENGHUKUM”