KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Sebagai seorang guru, yang paling dirisaukan adalah


keputusan pelajar dalam peperiksaan, namun kadang-


kadang kerisauan itu mengaburkan mata kita dari


melihat hakikat kehidupan seseorang pelajar. Kita


selalu menilai pelajar ini lemah, pelajar ini tidak fokus,


pelajar ini main-main tanpa kita selidiki apa yang


menyebabkan mereka jadi demikian.


Kisah Alif menjentik hati tentang pengorbanan


seorang anak terhadap keluarga. Boleh sahaja Alif


terus kekal di asrama dan memberi fokus kepada SPM.


Dan pastinya keluarganya tidak akan menghalang


kerana SPM sangat penting. Namun kemenjadian Alif


adalah apabila dia berempati terhadap kesusahan


keluarganya dan turut sama ingin meringankan beban


mereka dalam cara yang dia mampu lakukan.


Semoga Alif terus berjaya dalam kehidupannya,


mungkin tidak berjaya cemerlang dalam SPM namun


pasti dia akan menjadi seorang anak yang baik dan


penyayang terhadap ibu bapa dan keluarganya, kerana


kejayaan sebenar dalam kehidupan adalah apabila


lahirnya seorang manusia yang bertanggungjawab


terhadap dirinya dan orang sekelilingnya.


HAJAH NORSHAHIDAH BINTI ZAKARIA


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


IPGM KAMPUS KENT

Free download pdf