DR. HAMIDAH BINTI SAMSUDIN
Ka t a - k a t a Al u a n
Pengarah IPGM Kampus Kent
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, buletin Titiga'on Praktikum telah
berjaya dihasilkan buat julung-julung kalinya. Saya ingin merakamkan ucapan
tahniah dan syabas kepada Unit Praktikum, IPGM Kampus Kent atas usaha ini.
Kejayaan penerbitan buletin ini bukan sahaja mencerminkan komitmen dan
dedikasi pasukan, tetapi juga usaha berterusan Unit Praktikum dalam
mempertingkatkan pengurusan unit.
Objektif utama penerbitan buletin ini adalah untuk memantapkan kualiti
dokumentasi maklumat dan gambar berkaitan amalan profesional sepanjang tahun
2024 dalam bentuk hard copy dan e-book. Buletin ini juga bertujuan menyalurkan
maklumat terkini kepada guru pelatih, pensyarah dan pihak sekolah yang terlibat,
lantas dapat meningkatkan pemuafakatan antara IPGM Kampus Kent dengan
institusi lain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan sekalungan penghargaan
kepada para pensyarah penyelia IPGM Kampus Kent, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah serta semua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, guru
besar dan guru pembimbing atas bimbingan dan sokongan kepada guru pelatih.
Tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak, komponen amalan profesional tidak
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Akhir kata, tahniah kepada semua guru pelatih yang telah menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship dengan cemerlang.
Sesungguhnya usaha dan dedikasi ini patut dipuji dan adalah diharapkan agar
semua terus melangkah sebagai pendidik yang berkualiti dan profesional bertaraf
dunia. Semoga buletin ini menjadi bermanfaat kepada semua. Terima kasih.