EBOOK TITIGA'ON PRAKTIKUM EDISI 2024

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

LAJIWIN@JOVINIA BINTI KUDUN


Ka t a - k a t a Al u a n


Jurulatih Utama Praktikum


Praktikum Bertema adalah satu transformasi praktikum yang bertujuan untuk


meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi guru pelatih.


Pelaksanaan yang berkesan memerlukan kerjasama antara guru pembimbing di


sekolah dan pensyarah penyelia dari IPGM melalui proses kolaboratif. Dalam


proses ini, pemilihan tema yang dipersetujui bersama adalah penting untuk


memastikan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.


Terdapat empat komponen utama dalam pelaksanaan Praktikum Bertema:


perancangan, pelaksanaan, amalan pedagogi terkini, serta kemahiran insaniah


dan refleksi, yang membantu melahirkan guru yang profesional dengan sahsiah


yang baik.


Selain itu, Praktikum Bertema menekankan kemampuan guru pelatih untuk


menterjemahkan ilmu teoritikal ke dalam amalan praktikal semasa melaksanakan


PdPc. Melalui transformasi ini, guru pelatih diharapkan dapat menyepadukan teori


dan praktik, serta mengaplikasikan pelbagai strategi pengajaran. Kelebihan


praktikum ini juga termasuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdPc


melalui perbincangan kolaboratif antara guru pembimbing, penyelia, dan guru


pelatih. Proses ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah kritikal, tetapi juga


memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri dan menghayati nilai-nilai


profesionalisme dalam kalangan guru pelatih.


Dengan penerbitan buletin Titiga’on Praktikum, diharapkan dapat menjadi sumber


maklumat dan panduan yang berguna bagi semua pihak yang terlibat dalam


praktikum. Melalui penyebaran maklumat yang berkualiti dan relevan, buletin ini


akan menjadi satu alat penting dalam memajukan pendidikan di institusi dan


melahirkan generasi guru yang berkompeten dan berintegriti.

Free download pdf